TAG:LINE

Monday, May 16, 2011

Mencipta Mahligai Terindah

“wanita dinikahi kerana empat hal. Kerana hartanya,keturinannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya,niscaya kamu akan selamat”. (hadis bukhari dan muslim)
Sebenarnya urusan jodoh itu telah selesai Allah siapkan bahkan sebelum kita lahir ke dunia. Bukankah perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik? (an-nur:24-26)
Jadi, ubahlah energy cinta daripada ingin memiliki kepada ingin member, daripada mencari kepada mempersiapkan diri. Untuk mendapat pasangan yg baik, terlebih dahulu mesti menjadi seorang yg baik. Dan sesungguhnya tiada noktahakhir untuk terus menjadi seorang yg baik di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dalam hal memilih pasangan, usahlah terlalu memilih dan hanya mencari yg paling sempurna. Sekiranya rumah tangga dibina atas fikiran menginginkan kesempurnaan, kita tidak menjangkakan sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan pasangan sahajalah yg sering terlihat di mata, kerana kita hanya menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yg sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yg tidak sempurna dengan cara yg sempurna. Sesungguhnya tiada siapa antara kita yg sempurna!.
Raisul Fadhla-Pensyarah USIM

REBUTLAH CINTA PENCIPTA

cinta yg abadi memerlukan sebab yg abadi. maka Allah adalah sebab dan tujuan cinta abadi. cinta dan kasih sayang sesama perlu berasaskan cinta cinta kepada Allah.Cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan matlamat hidup yg telah Allah tentukan.
"Orang-orang yg beriman itu sangat kuat kecintaannya kpd Allah"(al-baqarah:165)
adakalanya manusia tersalah menganggap cintanya kepada seseorang kerana Allah sedangkan percintaanya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan berbanding Sang Khaliq. Mungkin matlamatnya sudah benar dan jelas tp caranya agak tersasar.
Jesteru, bagaimana hendak memastikan bahawa suatu cinta benar2 diasakan kpd cinta Allah? Cuba nilai apakah cinta kita kpd seseorang itu melalaikan atau menghalangi kita daripada melaksanakan suruhan Allah malah membawa kita semakin jauh dari Allah?Jika begitu, itu menunjukkan bahawa cinta kita tersasar.
Jika terjadi pertembungan antara kehendak Allah dgnkehendak kekasih, yang mana satu didahulukan?Orang yg mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yg disukai oleh Allah.dia akan sentiasa merindukan amak yg akan mendekatkannya kpd Allah, kekasihnya yg hakiki dan menjauhkan diri drpd mengikut nafsu sendiri.
Pernikahan adalah suatu ibadah. Syarat diterima suatu ibadah adalah kemurnian ikhlas pada niat serta mengikut panduan yg diajarkan syariat.tidak mungkin suatu ibadah itu boleh mencapai redha Allah jika dalam proses perlaksanaan ternoda oleh hal-hal yg bercanggah dgn kehendak-Nya
Oleh itu,bersama samalh kita merebut cinta Pencipta bagi mendapatkan cinta yg dicipta-Nya.semoga kita tidak meletakkan cinta kepada sesiapa mengatasi cinta kita kepada-Nya.

Wahai wanita..




Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.






Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

Sunday, March 27, 2011

Mencintai tidak semestinya memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Saturday, June 19, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh



Novel bertajuk "Sultan Muhammad Al-Fateh" satu novel yg mampu menarik minat anda untuk membacanya sehingga ke pengahabisan cerita..

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh??

Baginda adalah tokoh Islam yg perlu kita perlu kenali yg adalah satu satunya manusia yg berjaya menakluk kota kostantinopel.Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.



Kota Kostantinopel dimiliki empayar Rom yg beragama Kristian,ia adalah kota yg terkukuh yg tidak pernah ditakluki oleh kuasa2 lain..malahan sudah byk cubaan kuasa2 besar dan kuat yg lain untuk menaklukinya tetapi gagal kerana kota ini terkenal dengan bentengnya yg kukuh dan berlapis-lapis.

Sultan Muhammad Al-Fateh seorang yg sangat bijaksana telah merancang pelan yg sangat rapi,baginda telah mendapat ilham untuk membina meriam pertama didunia,bahkan baginda telah mengkaji kota ini semenjak baginda kecil lagi.Bagindalah pemimpin yg disebutkan oleh Rasulullah Salallah alaihi wasalam..

Imam Ahmad meriwayatkan,Sabda Rasulullah Salallah alaihi wasallam:
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”



Friday, June 18, 2010

first n foremost!

first comment released! bye~