cinta yg abadi memerlukan sebab yg abadi. maka Allah adalah sebab dan tujuan cinta abadi. cinta dan kasih sayang sesama perlu berasaskan cinta cinta kepada Allah.Cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan matlamat hidup yg telah Allah tentukan.
"Orang-orang yg beriman itu sangat kuat kecintaannya kpd Allah"(al-baqarah:165)
adakalanya manusia tersalah menganggap cintanya kepada seseorang kerana Allah sedangkan percintaanya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan berbanding Sang Khaliq. Mungkin matlamatnya sudah benar dan jelas tp caranya agak tersasar.
Jesteru, bagaimana hendak memastikan bahawa suatu cinta benar2 diasakan kpd cinta Allah? Cuba nilai apakah cinta kita kpd seseorang itu melalaikan atau menghalangi kita daripada melaksanakan suruhan Allah malah membawa kita semakin jauh dari Allah?Jika begitu, itu menunjukkan bahawa cinta kita tersasar.
Jika terjadi pertembungan antara kehendak Allah dgnkehendak kekasih, yang mana satu didahulukan?Orang yg mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yg disukai oleh Allah.dia akan sentiasa merindukan amak yg akan mendekatkannya kpd Allah, kekasihnya yg hakiki dan menjauhkan diri drpd mengikut nafsu sendiri.
Pernikahan adalah suatu ibadah. Syarat diterima suatu ibadah adalah kemurnian ikhlas pada niat serta mengikut panduan yg diajarkan syariat.tidak mungkin suatu ibadah itu boleh mencapai redha Allah jika dalam proses perlaksanaan ternoda oleh hal-hal yg bercanggah dgn kehendak-Nya
Oleh itu,bersama samalh kita merebut cinta Pencipta bagi mendapatkan cinta yg dicipta-Nya.semoga kita tidak meletakkan cinta kepada sesiapa mengatasi cinta kita kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment