TAG:LINE

Monday, May 16, 2011

Mencipta Mahligai Terindah

“wanita dinikahi kerana empat hal. Kerana hartanya,keturinannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya,niscaya kamu akan selamat”. (hadis bukhari dan muslim)
Sebenarnya urusan jodoh itu telah selesai Allah siapkan bahkan sebelum kita lahir ke dunia. Bukankah perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik? (an-nur:24-26)
Jadi, ubahlah energy cinta daripada ingin memiliki kepada ingin member, daripada mencari kepada mempersiapkan diri. Untuk mendapat pasangan yg baik, terlebih dahulu mesti menjadi seorang yg baik. Dan sesungguhnya tiada noktahakhir untuk terus menjadi seorang yg baik di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dalam hal memilih pasangan, usahlah terlalu memilih dan hanya mencari yg paling sempurna. Sekiranya rumah tangga dibina atas fikiran menginginkan kesempurnaan, kita tidak menjangkakan sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan pasangan sahajalah yg sering terlihat di mata, kerana kita hanya menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yg sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yg tidak sempurna dengan cara yg sempurna. Sesungguhnya tiada siapa antara kita yg sempurna!.
Raisul Fadhla-Pensyarah USIM

No comments:

Post a Comment